.

Salam...

Terima kasih kerana melayari blog sy..
semoga apa yang baik itu dijadikan panduan


.........................................................................................................

.

.......BERKONGSI TIPS BERSAMA FAIZ........
............................................................................................
BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
.
1. Membaca secara berhati-hati.

· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca.
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya.
· Elakkan gangguan radio dan televisyen.

2 Membaca secara menyeluruh.

· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir.
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting.
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara berulang-ulang.

· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik.
· Isi juga dapat difahami secara mendalam.
· Ini dapat mengelakkan anda tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam suasana yang selesa.

· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi.
· Suhu bilik sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika
perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam keadaan selesa.

· Duduk dengan betul.
· Pastikan anda tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Anda mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara perperingkat.

· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat.
Pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba bentuk soalan ketika membaca.

· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives.
HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WICH
WHY

8. Catatkan isi yang dibaca.

· Dengan mencatat anda menggunakan tiga kaedah sekali
gus: membaca, mencatat, mengingat.
· Ketika mencatat anda berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan anda
menjadi lebih tajam.

9. Gunakan bahan pembelajaran lain ketika membaca.

· Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting
.
KEMAHIRAN MENGINGAT.

Kemahiran belajar tidak lengkap jika anda tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

1. Hafal isi yang dibaca.
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu anda ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan
bagaimanakah pelangi terbentuk?”

2. Isi disusun dengan betul.
· Sebutkan isi yang anda hafal.
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang
anda hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu diingat.
· Pastikan turutan isi betul.
· Contoh: Anda ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan anda menghafal bermula daripada bulan Januari dan berakhir
dengan Disember.

4. Uji kemampuan daya ingatan.
· Di sini anda perlu memainkan dua watak.
· Penyoal.
· Penjawab.
· Cuba “soal” apa yang ingin anda ingat, kemudian jawab.
· Jika anda dapat mengingat, teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ulang kaji sekerap mungkin.
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan.
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan.

6. Cuba ingat semula apa yang anda telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
· Sebelum tidur.
· Selepas tidur.
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan anda dalam masa jangka panjang.
.
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:

1. Kemahiran mendengar.
· Digunakan semasa proses pembelajaran.
· Boleh dilakukan serentak.
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

2. Kemahiran membaca laju.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa mendapatkan idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

3. Kemahiran menulis.
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sia sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan
usaha anda.

4. Catatkan kata kunci sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman anda.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

5. Nota ringkas dan padat.
· Nota yang dibuat mesti anda fahami sendiri.
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan anda.
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan anda.

6. Gunakan perkataan sendiri.
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan anda.
· Hal ini kerana nota anda adalah hak anda.
· Hanya anda yang faham apa yang anda tulis.

7. Faham setiap kata kunci.
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan anda.
· Masa akan terbuang dan usaha anda adalah sia-sia sahaja jika nota
yang dibuat tidak difahami.